

Sehingga ke tarikh ini aku masih lagi belum miss mendengar slot tazkirah Solat Tarawih. Hasilnya ada dua nasihat yang benar-benar memberi kesan kepada diri sendiri.
Ayah Ngah, imam masjid Kampung Kurnia, menasihati agar jangan di tinggalkan remaja-remaja ini dari arus pembangunan negara. Mereka adalah satu asset yang harus diberi peluang untuk bersama-sama bergiat dalam apa bidang sekalipun.
Hakikat disebalik itu adalah, sebenarnya pertembungan antara 2 paradigma, hasilnya golongan tua menjadi penghalang kepada keinginan remaja dan golongan muda menjayakan sesuatu idea.
Contoh yang nyata hari ini, golongan muda lebih menerima pergerakan Islam dan bersedia memberi ruang perubahan sebaliknya dihalang oleh golongan yang lebih tua dari melaksanakannya. Hal ini bukan lah perkara baru. Sejarah terdahulu menceritakan pertembungan idea antara golongan muda dan golongan tua. Tinggal lagi adakah bersedia golongan tua memberi ruang secara terbuka ataupun golongan muda terpaksa berusaha mendapatkannya secara lebih susah.
Dua hari lepas Ustaz Mokhtar Senik mengariskan dua perkara yang akan meningkatkan kepada Ketakwaan kepada Allah iaitu Kembali ke jalan Allah dan Amanah terhadap tanggungjawab yang telah diberikan. Ringkas dan padat. Membuat hati terkedu bermuhasabah terhadap diri sendiri, dimana sebenarnya kedudukan aku di sisi Allah.