Friday, September 4, 2009

Tazkirah 1 - 15




Sehingga ke tarikh ini aku masih lagi belum miss mendengar slot tazkirah Solat Tarawih. Hasilnya ada dua nasihat yang benar-benar memberi kesan kepada diri sendiri.

Ayah Ngah, imam masjid Kampung Kurnia, menasihati agar jangan di tinggalkan remaja-remaja ini dari arus pembangunan negara. Mereka adalah satu asset yang harus diberi peluang untuk bersama-sama bergiat dalam apa bidang sekalipun.

Hakikat disebalik itu adalah, sebenarnya pertembungan antara 2 paradigma, hasilnya golongan tua menjadi penghalang kepada keinginan remaja dan golongan muda menjayakan sesuatu idea.

Contoh yang nyata hari ini, golongan muda lebih menerima pergerakan Islam dan bersedia memberi ruang perubahan sebaliknya dihalang oleh golongan yang lebih tua dari melaksanakannya. Hal ini bukan lah perkara baru. Sejarah terdahulu menceritakan pertembungan idea antara golongan muda dan golongan tua. Tinggal lagi adakah bersedia golongan tua memberi ruang secara terbuka ataupun golongan muda terpaksa berusaha mendapatkannya secara lebih susah.
Dua hari lepas Ustaz Mokhtar Senik mengariskan dua perkara yang akan meningkatkan kepada Ketakwaan kepada Allah iaitu Kembali ke jalan Allah dan Amanah terhadap tanggungjawab yang telah diberikan. Ringkas dan padat. Membuat hati terkedu bermuhasabah terhadap diri sendiri, dimana sebenarnya kedudukan aku di sisi Allah.

Monday, June 22, 2009

Lencongan

Tahun lepas saya menulis di blog bersama makteh. Sejak blog tersebut dikongkernya baik lah saya berpindah ketapak baru yang bernama Angin. Kenapa namakan Angin?. Sayapun tak tahu nak jawab kenapa? Mungkin luahan nya kot seperti angin lalu.......
Hari ini, seperti mendapat durian runtuh. Seperti membayar hutang berjuta yang sekian lama tak mampu dibayar. Bila diam seketika terasa syahdu di lubuk rasa. Pertamanya seorang kawan, teman sahabat sepermainan, talifon bertanya khabar sejak sekian lama. Hampir 26 tahun tak pernah berjumpa bercerita. Keakraban itu rasanya masih 'warm' seperti dulu. Sebenarnya tak terlintas Cik liza ni nak talifon saya.
Kemudian, seorang teman, yang Liza sebutkan berjaya saya jejaki. Seorang pegawai SPRM yang berkaliber Cik Mail namanya. Sambil-sambil tu dapat juga mencari gambarnya yang hensem tu. Sejak lepas sekolah mungkin sudah lama tak jumpa.
Saya, Mail dan pokteh sakeri dulu seperti 3 serangkai..ada dimana-mana saja, terutama atas pokok manggis dan dalam sungai (di dusun sapa...dah tak ingat lagi dah...). Mail suaranya bagus...pandai mangaji, belakon dan menyanyi......